Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dell XPS 13 Plus Dengan Rekaan Dan Komponen Serba Baru Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Bulan Mac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dell XPS 13 Plus Dengan Rekaan Dan Komponen Serba Baru Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Bulan Mac


Di acara CES 2022, Dell telah memperlihatkan beberapa rekaan komputer riba serba baru, tetapi yang paling menarik diantaranya mungkin ialah kemaskini kepada komputer riba produktiviti premium mereka, iaitu Dell XPS 13, yang kini hadir dengan nama model baru iaitu Dell XPS 13 Plus.

Bermula dengan spesifikasi komputer riba ini, ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Alder Lake siri-P, iaitu cip pemprosesan khusus untuk komputer riba produktiviti premium yang akan diperlihatkan dengan lebih mendalam pada tahun ini.

Dengan cip pemprosesan ini, Dell XPS juga dilihat hadir dengan memori LPDDR5 dari 8GB sehingga 32GB dan storan SSD pantas 256GB dan juga 1TB. Dari segi grafik, Dell XPS 13 Plus ini akan menggunakan cip grafik Intel Iris Xe yang terbina didalam cip pemprosesan.

Dengan model terbaru ini, Dell memperkenalkan konsep rekaan “Edge To Edge” yang boleh diperlihatkan pada beberapa aspek komputer riba ini. Bermula dengan paparan, Dell XPS 13 Plus hadir dengan beberapa pilihan paparan skrin bersaiz 13.4 inci, yang hadir dengan resolusi 4K, 3.5K dan dua pilihan resolusi Full HD+ yang mana tiga model paparan hadir dengan fungsi sesentuh dan pilihan resolusi 4K dan 3.5K hadir dengan sokongan DisplayHDR 400 dan DisplayHDR 500.

Kesemua paparan ini juga hadir dengan rekaan InfinityEdge Display, yang mana 91.9 peratus daripada permukaan skrin dimanfaatkan sepenuhnya, memberikan komputer riba ini bukan sahaja rekaan yang padat, tetapi permukaan cukup besar untuk tujuan produktiviti.

Konsep Edge To Edge kedua yang diperlihatkan ialah melalui pad sesentuh komputer riba ini. Keseluruhan permukaan tempat letak tangan Dell XPS 13 Plus akan menjadi pad sesentuh yang diperbuat daripada bahan gelas, dan ini, menurut Dell, bukan sahaja meningkatkan produktivi pengguna, tetapi memberi komputer riba ini rekaan yang sangat bersih dan cantik.

Papan kekunci Dell XPS 13 Plus juga telah diubah untuk memperlihatkan rekaan hampir tiada jurang diantara kekunci, dan memaksimakan impak minimalis pada komputer riba ini. Apa yang lebih menarik ialah Dell XPS 13 Plus ini juga dilihat hadir dengan butang sesentuh haptik untuk sejumlah kekunci fungsi, seperti fungsi mengubahsuai kelantangan audio, kecerahan paparan dan sebagainya.

Penggunaan cip pemprosesan Intel Alder Lake P terbaru ini juga membolehkan Dell untuk meningkatkan jumlah penggunaan kuasa komputer riba ini ke 28W, berbanding dengan 15W pada model sebelum ini. Bateri 55Wh komputer riba ini digabungkan dengan sistem pengecasan Express Charge 2.0 yang boleh mengecas komputer riba ini ke 80 peratus penuh dalam masa kurang daripada satu jam.

Dengan ketebalan 15mm dan berat 1.24kg sahaja, Dell XPS 13 Plus dilihat sebagai masa hadapan produktiviti dari mana-mana terbaru keluaran syarikat teknologi Amerika tersebut.

Dell Malaysia mengesahkan bahawa Dell XPS 13 Plus akan memasuki Malaysia pada bulan Mac 2022 ini. Tanda harga tempatan untuk komputer riba ini akan diumumkan kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.