Realme Masih Akan Kekal Memberikan Kemaskini Sistem Operasi Selama Dua Tahun
Tahun lalu Samsung, Oppo, Xiaomi, dan Google mengesahkan mereka akan mula memberikan sokongan kemas kini sistem operasi selama tiga tahun dan keselamatan sehingga lima tahun. Ini adalah usaha untuk mengurangkan sampah elektronik dan juga memberikan persaingan kepada Apple. Dalam satu temubual bersama Android Authority, timbalan presiden Realme Madhav Seth mengatakan Realme akan kekal hanya menawarkan kemas kini sistem operasi selama dua tahun sahaja.
Ini adalah kerana secara purata peranti hanya digunakan di antara 24-26 bulan sahaja. Oleh itu sokongan sistem operasi sehingga dua tahun sahaja adalah munasabah. Malahan bagi kebanyakan pengeluar peranti Android, sokongan tiga tahun hanya dibelikan kepada peranti mercu dan sederhana sahaja bukan kepada semua. Secara peribadi sokongan tampalan sekuriti adalah lebih penting pada hemat kami kerana sekurang-kurangnya peranti dapat digunakan tanpa risau data peribadi dicuri.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment