Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Rusia Akan Mula Mengawal Kandungan Penstriman Netflix Pada Bulan Mac Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Rusia Akan Mula Mengawal Kandungan Penstriman Netflix Pada Bulan Mac Ini


Sejak beberapa tahun lepas, kerajaan Rusia dilihat mengetatkan undang-undang penggunaan internet di negara tersebut. Google dan Meta telah disaman kerana enggan memadamkan kandungan-kandungan yang diharamkan di negara tersebut, dan terkini, Netflix juga dilihat akan perlu mengikut undang-undang baru ini.

Undang-undang yang diperkenalkan pada tahun 2020 di negara tersebut mengatakan bahawa mana-mana perkhidmatan penstriman dengan 100 ribu pelanggan perlu memasukkan kandungan televisyen tempatan disamping perlu membuka syarikat tempatan untuk memudahkan urusan dengan pihak kerajaan.

Menurut beberapa laporan, Netflix nampaknya akan memperlihatkan kandungan daripada rangkaian hiburan Channel One dan juga Spas, yang merupakan saluran Gereja Ortodoks Rusia bermula bulan Mac 2022.

Satu lagi undang-undang yang perlu dituruti oleh Netflix ialah untuk tidak menunjukkan kandungan yang menyebarkan fahaman ekstremism, dan juga kandungan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan tersebut.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi sekiranya Netflix akan menuruti semua permintaan ini, tetapi ia dijangka bahawa mereka akan memperlihatkan kandungan-kandungan tambahan ini.

Sumber: Android Central



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.