Samsung Memperlihatkan Konsep Fon Telinga TWS Dengan Fungsi Penyahlembapan Terbina
Penggunaan fon telinga TWS untuk jangka masa yang lama secara lazimnya akan menyebabkan kelembapan yang tidak selesa untuk mula berlaku didalam lubang telinga. Untuk mengelakkan masalah ini, Samsung memperlihatkan konsep fon telinga yang akan membantu pengguna dalam mengelakkan perkara tersebut tidak berlaku.
Samsung C-Labs memperlihatkan salah satu daripada projek terbaru mereka yang dinamakan Samsung Dearbuds yang hadir dengan fungsi mengesan kelembapan dalam telinga. Apabila fon telinga ini mengesan tahap kelembapan yang tinggi, fon telinga tersebut juga akan memancarkan cahaya dan haba kedalam lubang telinga untuk melenyapkan kelembapan tersebut, supaya penggunaan TWS anda kekal selesa sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, rangka penyimpanan fon telinga tersebut juga boleh memberikan anda julat kelembapan dalam telinga anda supaya anda tahu tahap kelembapan dalam telinga anda. Rekaan TWS ini juga dibangunkan untuk memperbaiki aliran udara kedalam telinga anda supaya ia tidak terlalu kedap.
Fon telinga Samsung Dearbuds ini masih dilihat sebagai sebuah konsep oleh C-Labs Samsung, dan belum diketahui lagi sekiranya ia akan digunakan pada fon-fon telinga mereka akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment