Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lencana Yang Mengesan Kehadiran Virus Covid-19 Di Udara Telah Berjaya Dibangunkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lencana Yang Mengesan Kehadiran Virus Covid-19 Di Udara Telah Berjaya Dibangunkan


Kita masih belum memasuki fasa endemik Covid-19 di Malaysia kerana kes masih agak tinggi dan di kawasan dunia lain Omicron menghambat hospital dengan di Amerika Syarikat misalnya lebih 1 juta kes dikesan sehari. Pelbagai cara dilakukan penguasa dan saintis untuk mengesan virus Covid-19 di udara bagi membantu mengelakkan diri kita terdedah kepadanya.

Di University Yale, sebuah lencana Fresh Air Clip yang boleh mengesan kehadiran virus Covid-19 di udara telahpun dibangunkan. Ianya bersaiz kecil dan boleh disematkan pada baju pemakai. Permukaan polydimethylsiloxane (PDMS) pada lencana akan menangkap partikel virus di udara. Kemudian ia boleh dihantar makmal untuk mengesahkan sama ada pemakai terdedah kepada virus ataupun tidak.

Lencana dibangunkan untuk pekerja hospital ataupun kawasan tertutup seperti restoran serta panggung wayang. Kewujudan virus di udara adalah petanda bahawa sistem pengudaraan tempat bekerja masih tidak mencukupi. Oleh itu lencana ini juga amat berguna untuk petugas kesihatan yang bekerja di wad Covid yang sepatutnya mempunyai sistem pengudaraan yang baik sehingga virus tidak dikesan.

Pada waktu ini Fresh Air Clip masih memerlukan permukaan PDMS diuji secara manual untuk mengesan virus. Saintis kini sedang membangunkan lencana yang mengesan kehadiran virus secara masa nyata seperti lencana pengesan carbon monoksida di lombong dan radiasi di Chernobyl untuk pengesanan lebih pantas.

Sumber Eureka Alert



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.