Hi! Welcome Back and Stay Tune! Truecaller : Secara Purata, 3.5 Panggilan Spam Diterima Rakyat Malaysia Setiap Bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Truecaller : Secara Purata, 3.5 Panggilan Spam Diterima Rakyat Malaysia Setiap Bulan


Truecaller merupakan salah satu aplikasi yang membantu pengguna melakukan pengecaman paanggilan, sekaligus mengelak panggilan berbentuk spam dan penipuan.

Terbaru, Truecaller berkongsi mengatakan masih ramai rakyat Malaysia yang sering terpedaya dengan panggilan berbentuk spam.

Tahun 2021 sahaja menyaksikan beberapa kes besar, termasuk pesara kerajaan berumur 60-an di Kota Bharu yang mengalami kerugian berjumlah RM418,000, selain warga emas yang kerugian seebanyak RM697,000 di Kluang.

Menurut TrueCaller, Malaysia berada pada kedudukan ke-32 dari segi purata panggilan spam bagi setiap pengguna setiap bulan. Secara kasar, setiap rakyat Malaysia menerima purata 3.5 panggilan spam setiap bulan.

Secara purata, pengguna Truecaller di Malaysia menerima lebih 8 juta panggilan spam setiap bulan – dan 9 daripada 10 panggilan spam berkenaan dikenal-pasti dengan tepat oleh Truecaller.

Sepanjang 2021 juga, lebih 16.8% panggilan spam telah dikesan sebagai penipuan, dan bulan Mac serta April menyaksikan jumlah panggilan spam yag amat tinggi – iaitu lebih 9 juta panggilan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.