Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo ThinkPad X1 Carbon , X1 Yoga Dan X1 Nano Baharu Diumumkan Degan Cip Intel Core Gen-12 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo ThinkPad X1 Carbon , X1 Yoga Dan X1 Nano Baharu Diumumkan Degan Cip Intel Core Gen-12


Keluarga Lenovo ThinkPad X1 dikemaskini pagi ini dengan tiga model diperlihatkan pagi ini masing-masing dilengkapi cip Intel Core Gen-12 yang lebih berkuasa. Dimulakan dengan Lenovo Thinkpad X1 Carbon Gen-10 yang dilengkapi skrin 14″ LCD WQUXGA dengan sokongan sentuhan atau 2.8K OLED. Dipadankan dengan cip Intel Core Gen-2 U15 atau P28 vPRO, memori sehingga 32GB LPDDR5, storan sehinga 4TB SSD PCIe NVMe Gen-4 dan bateri sebesar 57Wh.

Kamera FHD infra merah disertakan lengkap dengan sistem privasi ThinkShutter yang menutup lensa secara fizikal. Tahun ini kamera hadir dengan NPU tersendiri untuk memastikan kualiti video yang terbaik dapat dinikmati. Malahan boleh mengenali wajah pemilik yang memakai pelitup muka. Sistem juga akan mengurangkan keterangan skrin apabila mengesan pengguna tidak berada di hadapan untuk menjimatkan bateri.

Sistem audio pula menyokong Dolby Atmos lengkap dengan empat mikrofon yang mendengar suara secara 360 darjah. Pengimbas cap jari fizikal diletakkan pada butang kuasa. Pilihan I/O ialah 2X USB-C Thunderbolt 4, 2X USB-A 3.2, HDMI 2.0b, bicu audio dan kunci Kensington. Sambungan ke internet boleh dinikmati menerusi WiFi 6e dan juga 5G Subo-6 menerusi eSIM atau SIM nano. Seperti biasa ThinkPad X1 Carbon Gen-10 melepasi piawaian tahan lasak MIL-STD 810H. Kesemua ini di dalam tubuh hanya seberat 1.12 kg.

Lenovo X1 Yoga Gen-7 pula mempunyai spesifikasi yang sama dengan X1 Carbon cuma skrin 14″ turut ditawarkan dalam panel OLED 4K dengan sentuhan. Kerana ia mempunyai mekanisme engsel skrin 360 darjah yang lebih kompleks, X1 Yoga sedikit lebih berat sekitar 1.36kg.

Akhir sekali ialah Lenovo X1 Nano Gen-2 yang mengutamakan rekaan ringan dan lebih kompak berbanding dua abang besarnya. Ia dilengkapi pula skrin 13″ 2K dengan sentuhan,cip Intel Core Gen-12 P28 vPRo, storan hanya sehingga 1TB SSD PCIe NVMe Gen-4 dan bateri sebesar 49.6 Wh. Kesemua spesifikasi lain sama seperti X1 Carbon tetapi ia hana seberat 970 gram.

Lenovo Thinkpad X1 Carbon Gen-10 akan dijual pada harga bermula $1639 (~RM6873), Lenovo X1 Yoga Gen-7 pada harga bermula $1749 (~RM7334) sekitar Mac. Sementara itu Lenovo X1 Nano Gen-2 pula pada harga bermula $1659 (~RM6959) sekitar April.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.