Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Memperlihatkan Konsep Meja Gaming Modular Dengan PC Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Memperlihatkan Konsep Meja Gaming Modular Dengan PC Terbina


Setiap tahun Razer pasti akan hadir dengan pelbagai produk konsep yang cuba mencuri perhatian orang ramai. Tahun ini di CES 2022, Razer telah memperlihatkan dua produk konsep dan kemaskini kepada pelitup muka mereka.

Razer Project Sophia

Project Sophia adalah meja gaming. Tetapi ia bukan meja Gaming biasa, sebaliknya hadir dengan PC gaming terbina dan PC bukan sebarang PC – ia adalah jenis modular dengan setiap modul adalah magnetik.

Terdapat sokongan kawalan eGPU Thunderbolt, modul hotkey yang boleh diprogramkan, pemantauan sistem, kawalan sistem audio THX, kawalan Raid, kawalan rangkaian, panel pengecas nirwayar, hab Thunderbolt dan kawalan media.

Bahagian atas meja pula adalah dengan panel kaca bersama skrin terbina, iaitu paparan OLED 65-inci atau 77-inci dengan sisi meja mempunyai lampu Razer Chroma.

GPU adalah daripada NVIDIA dengan kemampuan naik-taraf bila perlu. Rekaan meja gaming semua dalam satu menjadikan tetapan gaming lebih minimalistik dan tampak kemas dan menarik.

Razer Enki Pro HyperSense

Tahun lepas Razer hadir dengan kerusi gaming pertama, siri Enki. CES 2022 Razer mengumumkan variasi Pro dengan sokongan maklum balas getaran haptik HyperSense – Razer Enki Pro HyperSense.

Ia mempunyai asas kerusi dengan bass 22-inci lebar, mempunyai sokongan tulang belakang, 100 darjah sokongan untuk bahu, terdapat pelbagai butang kawalan fizikal terbina yang boleh diubah, dan turut padankan dengan pelbagai permainan video.

Menurut Razer, 2200 permainan video boleh menggunakan kerusi ini dengan setiap permainan video seperti F1 2021, Forza Horizon 5 atau Assassin’s Creed Valhalla mempunyai maklum balas haptik membawa pengguna ke dunia imersif yang mimik sekeliling dunia permainan video dari segi tekstur, getaran dan pergerakan. Ini adalah daripada teknologi Razer HyperSense yang tersedia dalam beberapa produk audio.

Kerusi juga akan mempunyai kemasan gentian karbon dan jahitan fabrik Alcantara atau kulit. Masih tiada harga jualan dan tarikh buat masa ini.

Razer Zephyr Pro

Akhir sekali adalah kemaskini kepada pelitup muka pintar mereka, yang ada mikrofon dan pembesar suara. Variasi Pro ini sama sahaja dengan penambahan peningkatan vokal pengguna. Ini bermakna, vokal pengguna boleh diubah-ubah kesan bunyi, tambah penuras, tukar nada/tona dan sebagainya.

Teknologi yang Razer ingin gunakan ini masih dalam proses pendaftaran paten.

Topeng ini masih hadir dengan penuras N95 di bahagian kiri dan kanan pipi yang turut mempunyai jalur LED RGB yang boleh digunakan untuk menerangkan bahagian dalam topeng ini, dimana rangkanya diperbuat daripada plastik separa lutsinar untuk memudahkan pergerakan bibir dibaca ketika berinteraksi.

Kemudian bahagian penuras tersebut digunakan juga sebagai pembesar suara kecil yang membolehkan orang mendengar suara anda dengan lebih jelas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.