Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realme 9i Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realme 9i Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan


Realme Malaysia kini berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran peranti baharu lagi. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan Realme 9i dan pelancaran rasminya telah dijadualkan berlangsung pada 19 Januari 2022. Ia akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme bermula jam 2 petang.

Menyentuh sedikit mengenai peranti, ia akan menggunakan cip Snapdragon 680. Ia juga akan menampilkan kemasan panel belakang yang digelar sebagai Stereo Prism Design. Ia diilhamkan oleh interaksi antara cahaya dan prisma yang kemudiannya diindahkan lagi dengan cara tersendiri. Di samping itu, bateri 5,000mAh turut digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Menurut Realme, peranti berkenaan akan ditawarkan dengan julat harga di bawah RM1,000. Untuk ketahui lebih lanjut mengenainya, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak. Kami di Amanz juga akan mengemaskininya untuk perkongsian semua pembaca.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.