Stesen Pengecasan Elektrik Shell Recharge HPC Pertama Malaysia Dibuka Di Tangkak Johor
Shell melancarkan stesen pengecasan kereta elektrik Shell Recharge HPC pertama mereka di Malaysia hari ini yang terletak di Tangkak Johor. Stesen ini diusahakan secara kerjasama dengan Porsche bagi memudahkan pemilik kenderaan elektrik mengecas kenderaan mereka dengan kuasa sehingga 180kW DC.
Ini membolehkan bateri kereta dicas dari 0-80% dalam masa hanya 30 minit sahaja pada kenderaan yang menyokong format ini. Ini merupakan stesen pertama dari enam Shell Recharge HPC yang dirancang dan bakal menawarkan 12 tempat pengecasan bagi memudahkan pengguna melakukan perjalanan dari Singapura terus ke Utara Malaysia. Sebelum ini 19 stesen Shell Recharge HPC telahpun dibuka di Singapura terlebih dahulu
Di Malaysia Shell menawarkan keahlian Shell Recharge berharga RM835 setahun dengan bayaran pengecasan RM12/5 minit untuk 25 minit pertama dan RM5 setiap 5 minit seterusnya. Bagi pemilik Porsche Taycan mereka menerima langganan percuma selama tiga tahun dengan caj pengecasan RM10/5 minit untuk 25 minit pertama dan RM5 setiap 5 minit seterusnya. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke laman Shell Recharge.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment