Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alfa Romeo Perkenal Kereta Baharu Dengan Integrasi Teknologi Rantaian Blok Dan NFT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alfa Romeo Perkenal Kereta Baharu Dengan Integrasi Teknologi Rantaian Blok Dan NFT


Alfa Romeo kini menjadi pengeluar kenderaan pertama yang mengintegrasikan teknologi NFT melalui kereta terbaru mereka, 2023 Tonale – dan bukannya sekadar menjual lukisan atau seni seperti pengeluar lain.

Seperti ramai sedia maklum, NFT adalah salah satu bentuk geran yang mengesahkan hak milik. Alfa Romeo mengintegrasikan teknologi NFT ini untuk tujuan pengeesahan pemilik. Disamping itu, Alfa Romeo juga akan membolehkan pelbagai rekod berkenaan kitaran hidup kenderaan berkenaan dicatatkan pada rantaian-blok berkenaan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memastikan pelbagai rekod diuruskan dengan baik – dan memudahkan pemilik baharu sesuatu kenderaan mengetahui status dengan mudah.

Apa pun, masih terdapat beberapa kekangan, seperti perlu ke pusat khidmat terpilih Alfa Romeo dalam memastikan rekod dapat dimasukkan – dan tidak akan disimpan sekiranya dilakukan penyelengaraan di kedai luar.

Disamping itu, 2023 Tonale turut menyertakan beberapa integrasi pintar lain – termasuk tiga mod pemanduan untuk memudahkan pemilihan hibrid atau sebaliknya, serta integrasi sistem inforia pintar. Aplikasi khusus turut disediakan untuk menghidupkan dan matikan enjin, selain membuka dan mengunci pintu.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kenderaan ini akan memasuki pasaran tempatan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.