Aplikasi Suntingan Video Popular LumaFusion Akan Tiba Untuk Android – Eksklusif Di Samsung Galaxy Store
Samsung sebentar tadi telah melancarkan beberapa tablet baharu iaitu Samsung Galaxy Tab S8, Tab S8+ dan juga Tab S8 Ultra. Kesemua tablet ini dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, sokongan S-Pen yang lebih baik, serta menawarkan banyak ciri produktiviti baharu yang akan memudahkan lagi tugasan pengguna.
Selain daripada mengumumkan kemaskini untuk aplikasi Samsung Notes, peranti dalam video pelancaran Galaxy Tab S8 ini – Samsung menyatakan yang peranti mereka adalah peranti Android pertama yang akan menerima sokongan aplikasi suntingan video popular LumaFusion. Aplikasi ini sedia popular pada pengguna iPad OS, kerana ia menawarkan kemampuan suntingan video seakan perisian suntingan pada desktop.
Aplikasi ini juga dilihat akan ditawarkan secara eksklusif di Galaxy Store dan memerlukan peranti Samsung yang menjalankan Android 11 dan ke atas sahaja. Tarikh yang tepat masih belum didedahkan, tetapi aplikasi ini disahkan perlu dibeli dan bukannya percuma.
LumaFusion pada Oktober tahun lepas sudah pun mengumumkan yang aplikasi popular iOS dan iPadOS mereka akan tiba untuk Android dan juga Chrome OS. Kini untuk Android kita sudah tahu akan hadir secara eksklusif untuk Samsung, sokongan peranti lain pasti akan tiba tidak lama selepas itu. Untuk Chrome OS pula, masih tiada maklumat terkini lagi buat masa ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment