Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mengemaskini AirTag Bagi Mengelakkan Penjejakan Tanpa Kebenaran Dan Penguntitan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mengemaskini AirTag Bagi Mengelakkan Penjejakan Tanpa Kebenaran Dan Penguntitan


Apple hari ini mengumumkan kemas kini kepada sistem yang digunakan oleh AirTag bagi menyelesaikan pelbagai isu privasi, penjejakan tanpa kebenaran dan penguntitan yang dilaporkan selepas peranti ini mula dipasarkan.

Perubahan pertama ialah apabila AirTag dikesan berhampiran pengguna, notifikasi yang lebih jelas akan dipaparkan pada peranti. Mereka kemudiannya boleh melakukan penjejakan yang lebih jitu untuk melihat lokasi AirTag tersebut. Pada iPhone 11, iPhone 12 dan iPhone 13 penjejakan yang lebih mudah lengkap dengan jarak dan arah dapat diakses.

Jika pengguna menerima notifikasi mereka mungkin dijejak tanpa diketahui, mereka boleh mengaktifkan sistem penggera ke tahap audio paling tinggi bagi mencarinya. Jika speaker telah dimatikan, ciri Precision Tracking turut boleh digunakan.

AirTag iPhone

Ketika AirTag diaktifkan buat pertama kali, amaran akan diberikan supaya ia hanya boleh digunakan bagi tujuan penjejakan barangan milik peribadi dan bukannya untuk melakukan penguntitan.

Apple juga mengesahkan mereka telahpun bekerjasama dengan pihak berkuasa apabila AirTag digunakan bagi tujuan jenayah. Setiap AirTag hadir dengan nombor siri tersendiri yang didaftarkan kepada Apple ID pemilik ketika proses tetapan pertama. Maklumat ini dikongsi kepada polis bagi tujuan pengadilan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.