Hi! Welcome Back and Stay Tune! Garmin Instinct 2 Ialah Jam Tangan Pintar Yang Tidak Perlu Dicas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Garmin Instinct 2 Ialah Jam Tangan Pintar Yang Tidak Perlu Dicas


Jam tangan pintar biasanya boleh berfungsi selama dua hari sebelum perlu dicas. Teknologi bateri semasa masih belum mampu memberikan ketahanan bateri yang lama. Bagi mereka yang tidak mahu mengecas jam tangan pintar dengan kerap, Garmin Instinct 2 Solar yang baru dilancarkan tidak perlu dicas sepanjang hayat.

Garmin Instinct 2 Solar dilengkapi panel solar yang membekalkan kuasa sepanjang masa. Jam tangan pintar ini ditawarkan dalam saiz 45mm. Ia hadir dengan ciri standard penjejakan tapak, GPS, VO2 Max, tekanan udara dan banyak lagi. Apabila ditambat kepada peranti pintar pelbagai notifikasi boleh dipaparkan pada skrin jam.

Jam boleh dipakai sehingga kedalaman 100 meter di bawah air dengan ia turut melepasi piawaian tentera MIL-STD 810. Oleh sebab itulah Instinct 2 turut ditawarkan dalam versi Tactical Edition yang membolehkan ia dipakai oleh anggota tentera kerana GPS boleh dimatikan serta serasi digunakan dengan gogal pandangan malam. Versi Surf Editionuntuk meluncur ombak dan Camo untuk digunakan di hutan turut ditawarkan.

Bagi mereka yang merasakan Instinct 2 terlalu besar, Garmin Instinct 2S Solar turut ditawarkan dengan saiz 40mm. Versi ini boleh beroperasi tanpa dicaj sehingga 51 hari sahaja. Garmin mengatakan muka jam hanya perlu didedahkan kepada matahari selama 3 jam pada keterangan 50,000 lux setiap hari untuk Instinct 2 beroperasi tanpa henti.

Jam tangan ditawarkan juga dalam versi tanpa panel solar yang membolehkannya ia beroperasi sehingga 28 hari sebelum perlu dicas. Kerana terdapat pelbagai versi dan warna, Garmin Instinct 2 dan 2S mempunyai lebih 200 kombinasi yang boleh dipilih pengguna dengan harga jualan bermula dari $350 (~RM1466) seutas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.