Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mempatenkan Sistem Kamera Yang Boleh Menganalisa Kesihatan Kulit Wajah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mempatenkan Sistem Kamera Yang Boleh Menganalisa Kesihatan Kulit Wajah


Pada Huawei P50 Pocket, sistem yang menganalisa kulit yang terdedah kepada cahaya untra ungu disertakan. Ia adalah gimik yang unik kerana tidak ditawarkan pada peranti di pasaran Malaysia. Ciri ini mungkin langkah pertama Huawei untuk memperkenalkan sistem penjejakan kesihatan pada telefon pintar dengan menganalisa wajah pengguna.

Paten kepada sistem imbasan wajah secara 3D untuk melihat tahap kesihatan kulit telah difailkan oleh Huawei ke WIPO pada pertengahan tahun lalu dan ditemukan oleh LetsGoDigital. Sistem terdiri daripada tri kamera yang disusun pada parameter bonggol gegelung bulat. Di tengah-tengah terdapat skrin sekunder yang bersaiz agak besar.

Sistem boleh mengesan kedut, bintik hitam, jerawat, saiz pori kulit, warna kawasan sekitar mata dan banyak lagi sebelum melakukan analisa. Pengguna kemudian diberikan markah kesihatan kulit dengan saranan yang boleh dilakukan bagi menjaga tahap kesihatan. Walaupun paten telah dianugerahkan kepada Huawei, ia tidak bermakna ciri ini unik ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.