Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Adalah Imej Pengolokan Rasmi OnePlus Nord CE 2 5G – Hadir Dengan Rekaan Mirip Peranti Oppo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Adalah Imej Pengolokan Rasmi OnePlus Nord CE 2 5G – Hadir Dengan Rekaan Mirip Peranti Oppo


OnePlus Nord CE atau Core Edition adalah versi asas kepada OnePlus Nord, iaitu peranti kelas pertengahan daripada OnePlus. Peranti ini tidak menyertakan butang gelangsar notifikasi ikonik, menggunakan rekabentuk lebih kurang sama Oppo dan dijual pada harga mampu milik.

Nord CE 2 5G adalah penggantinya yang akan dilancarkan pada 17 Februari tidak lama lagi. Ia akan dijana dengan cip Dimensity 900, hadir dengan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 65W, pilihan storan sehingga 256GB, dan masih menjalankan Oxygen OS.

TechRadar baru-baru ini telah menerima maklumat rasmi daripada OnePlus mengenai rekaan peranti ini. OnePlus Nord CE 2 5G menggunakan proses pembentukan yang menggunakan hanya sekeping panel belakang tanpa bahan tambahan untuk modul kamera, memberikan rekabentuk melengkung yang unik.

Rekaan ini jelas kelihatan seperti peranti Oppo Find X3 dan yang tertiris baru-baru ini Oppo Find X5. Imej pengolokan rasmi peranti ini turut dikongsi memperlihatkan warna baharu Bahama Blue yang dikatakan adalah warna biru Nord yang sama, tetapi lebih cerah.

Maklumat lanjut mengenai peranti ini akan didedahkan semasa pelancaran 17 Februari, iaitu dua hari lagi. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.