Imej Pengolokan Pixel 7 Pro Tertiris – Mirip Pixel 6 Pro Dengan Konfigurasi Kamera Baharu
Sejak Pixel 4 lagi, imej awal yang tertiris untuk peranti-peranti Pixel boleh dikatakan tepat. Jika ada perubahan pun, hanya sedikit sahaja. Belum masuk setahun lagi Pixel 6, kehadiran Pixel 7 sudah mula kedengaran dan hari ini imej pengolokannya telah pun tertiris.
Dari segi rekabentuk, Pixel 7 Pro dilihat masih menggunakan rekabentuk lebih kurang sama dengan Pixel 6 Pro. Akan tetapi, ia adalah sedikit pendek, lebar dan juga dikatakan lebih nipis. Perubahan yang turut jelas kelihatan adalah bahagian cip 5G mmWave telah berubah daripada jalur plastik di atas kepada tetingkap. iPhone menggunakan konsep tetingkap yang sama, tetapi di sisi peranti.
Perubahan paling ketara adalah pada bar kamera. Sensor dilihat lebih besar, dengan terdapat dua sensor dikumpulkan dalam satu bujur. Namun rekaan sebenar mungkin berbeza, kerana Pixel 7 dan Pixel 7 Pro hanya akan dilancarkan sekitar hujung tahun nanti.
Peranti Pixel lain yang akan dilancarkan dalam masa terdekat adalah Pixel 6a, yang dilihat turut menggunakan rekaan Pixel 6. Harapnya Pixel 7 dan Pixel 6a ini kelak tidak akan ada lagi masalah rangkaian dan isyarat serta masalah perisian yang teruk seperti sekarang. Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment