Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meta Sedang Bangunkan Penterjemah Universal – Melakukan Penterjemahan Dalam Masa-Nyata Ketika Sedang Berbual Di Metamesta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meta Sedang Bangunkan Penterjemah Universal – Melakukan Penterjemahan Dalam Masa-Nyata Ketika Sedang Berbual Di Metamesta


Meta hari ini berkongsi berkenaan perkembangan kecerdasan buatan mereka, termasuk berkongsi mengenai perancangan dalam membangunkan penterjemah perbualan universal atau turut dinamakan “Universal Speech Translator”.

Melaluinya, Meta ingin merekabentuk kaedah dalam menterjemah sesuatu perbualan dalam masa-nyata ketika seseorang pengguna sedang berbual dengan yang lain.

Dengan langkah ini, ketika dalam metamesta, kita akan dapat berbual dengan yang lain secara masa-nyata mengikut bahasa yang kita selesa – dan ia akan didengari oleh pihak lagi satu secara masa-nyata dalam bahasa yang mereka selesa.

Mark Zuckerberg ingin membolehkan semua berhubung tanpa masalah atau had bahasa, dan langkah ini dijangka akan memudahkan proses berkenaan – apatah lagi dengan metamesta yang akan membawa kepada integrasi dunia global tanpa had pergerakkan dan sebagainya.

Untuk menjayakan perkara ini, Meta akan membangunkan dalam bentuk dua fasa. Yang pertama adalah kebolehan sesuatu bahasa dipelajari oleh sistem dan kecerdasan buatan dengan baik – walaupun sumber untuknya adalah terhad.

Perkara kedua yang turut ingin dibangunkan adalah kebolehan terjemah masa-nyata sesuatu perbualan dalam semua bahasa – sekaligus akan membolehkan komunikasi dalam sebarang bahasa dilakukan antara satu sama lain.

Seperti biasa, pelbagai pembangunan ini dijangka akan menghadapi cabaran besar dalam menjayakannya. Meta ingin melakukan pembangunan ini dalam bentuk sumber terbuka untuk mempercepatkan dan membolehkan lebih ramai menyertainya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.