Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kajian Memperlihatkan Malaysia Mempunyai Kadar Ketagihan Telefon Pintar Antara Tertinggi Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kajian Memperlihatkan Malaysia Mempunyai Kadar Ketagihan Telefon Pintar Antara Tertinggi Di Dunia


Sebuah kajian baharu memperlihatkan Malaysia mempunyai antara kadar ketagihan telefon pintar yang tertinggi di dunia. Melalui kajian yang dijalankan melibatkan 24 buah negara, Malaysia dilihat menduduki tangga ketiga teratas.

Kajian ini melibatkan seramai 33,831 peserta, dan berasaskan sejumlah penerbitan kajian atara 2014 ke 2020 yang lepas.

Tiga negara teratas adalah China, Arab Saudi dan juga Malaysia. Sementara Perancis dan Jerman menduduki tangga terbawah.

Mengikut pengkaji, mereka mengatakan budaya persekitaran mungkin membuatkan mereka sentiasa aktif dan kekal berhubung secara ataas talian – berbanding Jerman dan Perancis yang merupakan negara lebih individualistik.

Secara keseluruhan, kadar ketagihan dilihat sedang meningkat di seluruh dunia. Memandangkan ia menggunakan data sehingga 2020 sahaja, kadar ketagihan mungkin lebih tinggi akhir-akhir ini memandangkan disebabkan oleh norma baharu dan pandemik Covid-19.

Bagi anda sendiri, anda boleh menyemak skor peribadi anda melalui laman khusus yang disediakan oleh pengkaji, selain melihat kepada langkah-langkah yang boleh mengatasinya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.