Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Memulakan Perbincangan Berkenaan OxygenOS 13 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Memulakan Perbincangan Berkenaan OxygenOS 13


OnePlus kini mengumumkan nama untuk sistem operasi akan datang mereka sebagai OxygenOS 13, dan mengatakan akan membincangkan mengenainya melalui Open Ears Forum pada 28 Februari 2022 ini.

Buat masa ini, pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan OxygenOS 13 – yang mana berkemungkinan adalah berasaskan kepada Android 13. Google sendiri baru sahaja memulakan ujian untuk versi pembangunan Android 13.

Apa pun, yang menjadi persoalan adalah penggunaan jenama OxygenOS itu sendiri. Sebelum ini, ia telah diperkatakan OxygenOS akan digabungkan bersama ColorOS milik Oppo dalam memudahkan pembangunan dan fokus terhadap perisian.

Dengan langkah terbaru ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang kita boleh saksikan untuk OxygenOS 13, dan apakah peranti awal akan menerimanya.

Pada masa yang sama juga, pelbagai peranti OnePlus masih belum menerima kemaskini OxygenOS 12 buat masa ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.