Mac Pro Dijangka Dilengkapi Cip Sehingga 4 Kali Ganda Berkuasa Berbanding Apple M1 Max
Peralihan Apple Silicon dijangka akan lengkap dengan pengenalan Mac Pro baharu – dijangka hadir pada tahun ini disamping 6 lagi keluarga baharu untuk Mac.
Melalui perkongsian Bloomberg hari ini, Apple dilaporkan akan melengkapkan Mac Pro dengan cip berkuasa tinggi – menawarkan kuasa lebih empat kali ganda berbanding Apple M1 Max sebelum ini.
Ia dikatakan Mac Pro akan hadir dengan dua pilihan cip, satu yang menawarkan kebolehan berganda berbanding M1 Max sebelum ini, selain satu lagi dijangka hadir dengan kebolehan sehingga empat kali ganda berbanding M1 Max.
Cip pertama juga dijangka hadir dengan CPU 20 teras bersama 64 teras grafik, sementara cip kedua dijangka hadir dengan CPU 40 teras dilengkapi 128 teras grafik.
Memandangkan Mac Pro ditujukan untuk pemprosesan berkuasa tinggi – dan untuk digunakan bagi beberapa tahun, ia tidak mengejutkan untuk melihat ia hadir dengan kuasa yang tinggi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment