Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Garmin Fenix 7 Dan Epix (Gen 2) Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada 23 Februari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Garmin Fenix 7 Dan Epix (Gen 2) Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada 23 Februari


Sekiranya anda masih ingat, Garmin Malaysia sebelum ini pernah berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran produk baharu pada 23 Februari 2022. Bercakap lebih lanjut mengenainya, produk berkenaan kini telah dikongsi secara terbuka menerusi beberapa poster acah yang dimuat-naik di laman Facebook rasmi.

Produk yang dimaksudkan adalah siri Garmin Fenix 7 dan Epix Gen 2. Untuk pengetahuan semua, kedua-dua model ini sebenarnya telah dilancarkan di beberapa pasaran luar sebelum ini. Ia juga didatangkan dengan beberapa penambahbaikan yang menarik berbanding pendahulunya. Antaranya seperti sokongan skrin sesentuh pada kedua-dua model tanpa membuang keupayaan butang fizikal.

Siri Garmin Fenix 7

Di samping itu, keupayaan pengecasan solar pada siri Garmin Fenix 7 juga telah dipertingkatkan, di mana ia dikatakan 54% lebih baik berbanding model terdahulu. Kemudian, penambahan ciri lampu suluh LED yang boleh di laras turut memberi kelebihan tersendiri yang menarik pada siri ini.

Garmin Epix Gen2

Seperti biasa, penawaran lebih lanjut mengenai ketersediaan di Malaysia bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak. Kami di Amanz akan berkongsi lebih lanjut mengenai kedua-dua model ini – termasuklah berkaitan harga jualan rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Garmin Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.