Penggunaan Gabungan OxygenOS Dan ColorOS Pada OnePlus 10 Mungkin Ditunda
Pada September 2021, OnePlus mengumumkan yang mereka telah memasuki ke era OnePlus 2.0 dan akan mengintegrasikan Oxygen OS dan ColorOS untuk OnePlus 10. Setakat yang kita tahu, ini mungkin hanya untuk pasaran global kerana di China mereka sudah pun menggunakan ColorOS untuk peranti mereka.
Sistem operasi baharu ini kelak akan mengintegrasikan pelbagai kelebihan sistem operasi ColorOS dan OxygenOS – sekaligus menawarkan sistem operasi yang lebih baik, stabil, lancar dan boleh menawarkan kemaskini yang lebih pantas. Penggunaan sistem operasi yang telah digabungkan ini dikatakan akan digunakan pada peranti mercu baharu mereka, yang telah pun dilancarkan di China iaitu OnePlus 10.
Namun semasa pelancaran di China, ia masih lagi ColorOS. Pelancaran peringkat global dijangka akan berlaku sekitar bulan Mac atau April. Laporan daripada 91Mobiles mendakwa yang OnePlus mungkin akan melangkau penggunaan gabungan dua sistem operasi ini dan mungkin akan terus kekal dengan Oxygen OS 12 buat masa ini.
Akan tetapi, sejak Oxygen OS 11 lagi – sudah jelas yang sistem operasi ini mula menggunakan banyak elemen daripada ColorOS dengan OxygenOS 12 yang jelas menggunakan kod binaan lebih kurang sama dengan ColorOS 12.
H2OOS dikatakan adalah nama sistem operasi ini. Tidak pasti kenapa ia ditangguhkan dan apakah perubahan besar yang bakal berlaku. Mungkin kita akan lihat sesuatu yang baru, jika OnePlus telah melancarkan OnePlus 10 Ultra atau OnePlus 10R akan datang. Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment