Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telegram Kini Memudahkan Penghasilan Pelekat Beranimasi Daripada Video - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telegram Kini Memudahkan Penghasilan Pelekat Beranimasi Daripada Video


Telegram sedia menawarkan sokongan pelekat beranimasi pada perkhidmatan permesejan mereka, sekaligus memberikan lebih banyak kaedah dalam mengekspresi perasaan atau sesuatu perkara.

Sehingga kini, ia sukar untuk menghasilkan pelekat beranimasi sendiri. Tetapi, kini masalah berkenaan diselesaikan melalui kemaskini Telegram terbaru.

Telegram kini membolehkan pengguna menghasilkan pelekat beranimasi daripada video biasa. Dengan langkah ini, lebih banyak pelekat beranimasi dijangka dihasilkan, sekaligus menjadikan perkhidmatan permesejan berkenaan lebih menarik lagi.

Untuk menghasilkannya, pengguna perlu menggunakan video berformat WebM, dan tidak bersaiz lebih 256KB. Video berkenaan juga tidak perlu mempunyai audio. Untuk sementara waktu, video berkenaan turut prelu mempunyai lapisan latar yang lutsinar.

Pihak Telegram dijangka akan memudahkan lagi proses penghasilan pelekat beranimasi ini dari semasa ke semasa.

Bagi anda yang berminat, boleh mengemaskini Telegram anda ke versi terkini, dan menghasilkan pelekat anda sendiri hari ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.