Redmi K50 Gaming Edition Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 8 Gen 1, Pengecasan 120W Dan Berharga Sekitar RM2100
Redmi akhirnya melancarkan peranti gaming terbaharu mereka iaitu Redmi K50 Gaming Edition di China. Ia merupakan peranti pertama dalam siri Redmi K50 dan juga merupakan peranti mercu baharu jenama ini. Bersama-sama dengannya, Redmi turut melancarkan edisi Mercedes-AMG Petronas F1.
Peranti ini hadir dengan skrin 6.67-inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar sentuhan 480Hz. Skrin dilindungi dengan kaca Gorilla Glass Victus dan turut mempunyai sokongan HDR10+. Redmi K50 Gaming ini turut dijana dengan cip berkuasa Snapdragin 8 Gen 1 dengan gandingan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.
Untuk kamera peranti ini menggunakan tetapan yang sama dengan Redmi K40 Gaming sebelum ini iaitu 64MP IMX686, sudut ultra-lebar 8MP, 2MP telemakro dan juga kamera swafoto 20MP. Seperti sebelum ini, pengimbas cap jari diletakkan pada sisi peranti dan peranti ini turut memuatkan bateri berkapasiti 4700mAh dengan sokongan pengecaan pantas 120W. Pengecas GaN 120W turut disediakan dalam setiap pembelian.
Untuk audio yang lebih imersif, peranti ini menggunakan sistem audio dengan empat pembesar suara, mempunyai butang bahu fizikal untuk pengalaman bermain permua lebih mengasyikkan, dan menggunakan enjin getaran paksi-X CyberEngine. Sensor infra merah masih disokong pada peranti ini, begitu juga dengan NFC dan WiFi6.
Peranti ini hadir dengan pilihan warna hitam, biru dan perak dengan tanda harga bermula RMB 3,299 (~RM2180) untuk 8/128GB, RMB 3,599 (~RM2377) untuk 12/128 GB, RMB 3,899 (~RM2575) untuk 12/256 GB dan edisi Mercedes-AMG Petronas F1 12/256 GB pada harga RMB 4,199 (~RM2773).
Buat masa ini ia masih terhad di pasaran China sahaja. Untuk pasaran global, peranti ini dikhabarkan akan dilancarkan sebagai Poco F4 GT. Sama-sama kita nantikan lebih lanjut mengenai peranti ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment