Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selangor Menyasarkan Memperkenalkan Dompet Digital Baharu Menjelang Mei 2022 – Selangor E-Wallet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selangor Menyasarkan Memperkenalkan Dompet Digital Baharu Menjelang Mei 2022 – Selangor E-Wallet


Sebelum ini kita sedia melihat integrasi ciri dompet digital pada aplikasi Selangkah, dinamakan Selangkah Wallet. Kini, selain daripadanya, Selangor turut dilihat bakal memperkenalkan sebuah lagi aplikasi dompet digital baharu.

Untuk tujuan berkenaan, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) telah memeterai perjanjian bersama Wavpay. Aplikasi baharu ini akan diuruskan melalui syarikat Selangor E-Wallet Sdn Bhd – dimana perancangannya telah dikongsikan pada Belanjawan Selangor 2022 sebelum ini.

Aplikasi ini dilihat akan menjadi halaman setempat dalam pelbagai perkhidmatan melibatkan kewangan. Selain pembayaran kepada agensi kerajaan negeri, dompet digital ini juga akan dilengkapi ciri pinjaman serta perkhidmatan kewangan yang lain. Aplikasi ini turut akan digunakan dalam menyampaikan bantuan kepada pihak yang diperlukan.

Dompet digital ini dijangka dilancarkan dalam tempoh sekitar tiga bulan lagi, iaitu sekitar bulan Mei 2022 kelak. Ia tidak diketahui lagi adakah ciri Selangkah Wallet akan diteruskan selepas pelancaran dompet digital rasmi Selangor ini kelak, atau sebaliknya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.