Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Book2 Pro 360 Diperkenalkan Dengan Sokongan S-Pen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Book2 Pro 360 Diperkenalkan Dengan Sokongan S-Pen


Siri komputer riba terbaru Samsung nampaknya hadir dalam beberapa variasi. Selain versi Pro biasa dan juga yang ditujukan untuk perusahaan, Samsung juga turut memperkenalkan satu lagi variasi komputer riba mereka, iaitu Galaxy Book2 Pro 360.

Variasi komputer riba ini hadir dengan rekaan engsel pada skrin yang boleh diputar 360-darjah – sekaligus membawa kepada beberapa mod penggunaan berbeza. Pengguna boleh menggunakan ia sebagai komputer riba biasa, atau turut memutarkannya 360-darjah dan menggunakan ia sebagai tablet.

Menariknya juga, ia dilengkapi dengan sokongan S-Pen untuk input. Galaxy Book2 Pro ini hadir dalam dua variasi – iaitu 13.3-inci dan juga 15.6-inci.

Kedua-duanya dijana cip Intel Core generasi ke-12, skrin FHD Super AMOLED, dan menawarkan sokongan WiFI 6E. Ia hadir dengan pilihan memori sehingga 32GB RAM, selain storan sehingga 1TB SSD.

S-Pen disertakan secara terbina dalam kotak pembelian, selain pelbagai ciri lain yang ditawarkan seumpama Galaxy Book2 Pro.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan membawa masuk komputer riba ke pasaran Malaysia atau sebaliknya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.