OnePlus Membatalkan Perancangan Menyatukan OxygenOS Dan ColorOS
Berita baik bagi pengguna peranti OnePlus kerana peranti mereka akan terus menggunakan sistem operasi OxygenOS. Dalam mesej kepada pengguna di forum OnePlus, Peta Lau berkata selepas mengambil kira pendapat pengguna peranti keluaran syarikat di peringkat global akan terus menggunakan sistem operasi OxygenOS.
Pada tahun lepas, dengan operasi OnePlus beralih dibawah Oppo, mereka telah mengumumkan perubahan dan perkongsian teknologi – termasuk menyatakan kelak akan menyatukan OxygenOS dan ColorOS menjadi satu sistem operasi – sekaligus memudahkan proses pembangunan.
Namun, kini OnePlus dilihat membatalkan perancangan berkenaan.
Berkongsi mengenainya hari ini, OnePlus mengatakan OxygenOS dan ColorOS akan dibangunkan dibawah kod yang sama, tetapi akan mengekalkan penjenamaan masing-masing.
Ini bermakna pembangunan akan dilakukan dengan pantas, tetapi ia masih kekal dengan penjenamaan sedia ada, dan tidak disatukan seperti laporan sebelum ini.
Dengan langkah inii, pengguna masih dapat menikmati pengalaman OxygenOS yang menghampiri antaramuka Android asli, teetapi dengan beberapa pengoptimasian.
OnePlus mengatakan mereka kelak akan memperkenalkan OxygenOS 13 pada tahun ini bersama produk baharu mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment