Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi Google Messages Dan Dialer Didapati Mengumpul Data Pengguna Tanpa Kebenaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi Google Messages Dan Dialer Didapati Mengumpul Data Pengguna Tanpa Kebenaran


Adakah anda dipantau Google? Jawapannya ya sekiranya anda menggunakan aplikasi Google Dialer dan Google Messages pada peranti Android. Menurut laporan The Register, profesor Douglas Leith dari Trinity College Dublin menemukan bukti data peribadi pengguna telah dihantar ke Google oleh dua aplikasi penting ini.

Data komunikasi pengguna dihantar ke perkhidmatan Google Play Services Clearcut dan Google Firebase Analytics. Google mengetahui waktu panggilan telefon dilakukan, durasi dan juga nombor telefon. Ini akan mendatangkan isu kepada Google kerana ia jelas melanggar undang-undang GDRP yang berkuat kuasa di Eropah. Messages pada waktu ini telah terpasang pada lebih 1 bilion peranti tetapi tidak pernah memberikan pilihan kepada pengguna untuk menghalang data peribadi mereka dikumpul oleh Google.

Profesor Leith telah menghubungi Google dengan beberapa saranan bagi membolehkan mereka mematuhi undang-undang GDPR. Google telah mengeluarkan kenyataan rasmi perubahan akan dilakukan pada aplikasi bagi membolehkan pengguna memilih supaya data mereka tidak dikumpul dalam masa terdekat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.