Hi! Welcome Back and Stay Tune! Waymo Dikatakan Bersedia Untuk Menawarkan Perkhidmatan Robo-Taxi Di San Francisco - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Waymo Dikatakan Bersedia Untuk Menawarkan Perkhidmatan Robo-Taxi Di San Francisco


Waymo ialah salah satu anak syarikat Alphabet yang membangunkan teknologi swapandu yang kini sedang diuji di beberapa bandar di Amerika Syarikat. Terkini, ia dilaporkan bahawa syarikat tersebut sudahpun bersedia untuk menawarkan perkhidmatan pemanduan swapandu mereka sendiri di bandar San Francisco.

Sebelum ini Waymo sudahpun dilihat menawarkan perkhidmatan tersebut kepada sejumlah pelanggan di bandar tersebut, cuma bezanya ialah sebelum ini kenderaan-kenderaan ini hadir dengan pemandu keselamatan yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kenderaan tersebut sentiasa selamat dinaiki.

Waymo dilihat menggunakan kenderaan Jaguar yang dimuatkan dengan sistem swapandu mereka, dan ujian pemanduan kini sedang dilakukan dengan memberikan sejumlah kecil pengguna perkhidmatan robo-taxi secara percuma di kawasan-kawasan tertentu.

Teknologi swapandu Waymo dikatakan kini sudah cukup bersedia untuk membenarkan pemanduan swapandu sebenar tanpa memerlukan sesiapa di belakang roda stereng, dan telahpun mula menerima permit daripada California Public Utilities Commission untuk membolehkan mereka memulakan perkhidmatan robo-teksi ini dengan sepenuhnya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.