Apple Hadir Dengan Cip Apple M1 Ultra – Gabung Dua Cip M1 Max Melalui Ultra Fusion
Apple hari ini menambah satu lagi cip pemprosesan dibawah keluarga M1, iaitu Apple M1 Ultra.
Apple M1 Ultra menawarkan prestasi yang lebih laju berbanding M1 Max sebelum ini. Ia masih hadir dengan rekaan berasaskan ARM. Secara kasar, ia merupakan prestasi gabungan dua cip pemprosesan M1 Max sebelum ini. Apple menggunakan teknologi Ultra Fusion dalam mengabungkan dua cip M1 Max ini.
Cip pemprosesan baharu ini hadir dengan sokongan sehingga 20-teras CPU bersama dengannya, selain 64-teras GPU, dan 32-teras untuk Neural Engine. Bersama penawaran berkuasa ini, Apple turut membolehkan penggunaan memori disatukan sehingga 128GB bersama dengannya.
Komputer pertama menggunakan cip pemprosesan ini adalah Mac Studio, yang turut dilancarkan oleh Apple secara rasminya hari ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment