Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple iPad Air Kini Dikemaskini Dengan Cip Apple M1, Sokongan Rangkaian 5G, Harga Bermula RM2699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple iPad Air Kini Dikemaskini Dengan Cip Apple M1, Sokongan Rangkaian 5G, Harga Bermula RM2699


Bersama pengenalan iPhone SE 2022, pihak Apple hari ini turut memperkenalkan kemaskini untuk tablet iPad Air. Menariknya adalah kini ia hadir dengan cip pemprosesan Apple M1 yang hadir pada MacBook.

Dengan cip berkuasa ini, ia sekaligus menjadikan ia beroperasi lebih pantas, dan dua kali ganda lebih pantas berbanding komputer Windows pada harganya di pasaran.

Prestasi tinggi ini juga memudahkan proses penyuntingan, perkomputeran – mahupun untuk anda menikmati permainan video.

Untuk panggilan video, ia turut hadir dengan kamera hadapan 12-megapixel bersama sokongan Center Stage.

Bersama kemaskini ini, iPad Air turut menyertakan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya. Apple turut mengatakan iPad Air kini menawarkan sambungan USB-C yang dua kali ganda lebih pantas berbanding sebelum ini. Untuk input juga, iPad Air menyokong Apple Pencil generasi kedua.

iPad Air baharu ini ditawarkan dalam pilihan 64GB dan 256GB. Model 64GB dijual pada harga bermula RM2699 untuk versi WiFi, sementara RM3349 untuk versi selular.

Model 256GB pula ditawarkan pada harga bermula RM3349 untuk WiFi, dan RM3999 untuk versi selular. Tablet baharu Apple ini boleh dipra-tempah bermula hari Jumaat hadapan, 18 Mac.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.