Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Siri Samsung Galaxy Tab S8 Mampu Menggantikan PC Dalam Tugasan Seharian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Siri Samsung Galaxy Tab S8 Mampu Menggantikan PC Dalam Tugasan Seharian


Bila sebut sahaja mengenai tablet, pastinya bagi anda yang tidak pernah memilikinya akan berasa yang mana tablet merupakan satu peranti yang tidak diperlukan, lebih-lebih lagi jika anda telahpun mempunyai komputer.

Akan tetapi berdasarkan statistik pemilikan peranti, tablet semakin hari semakin popular dan menjadi satu lagi peranti yang dibeli bersama, bagi melengkapi penggunaan komputer seharian. Menyedari hakikat ini, Samsung yang telah sedia popular dengan peranti telefon pintar menerusi siri Galaxy, menawarkan tablet dalam siri ini yang diberi nama Galaxy Tab S8.

Rekaan Membuatkan Anda Tidak Merindukan PC

Samsung Galaxy Tablet S8 merupakan satu tablet yang sangat berkebolehan dan ia dilengkapi dengan perisian yang boleh memberikan pengalaman menggunakan komputer, namun hanya menggunakan tablet. Menerusi penawaran aksesori Book Cover Keyboard dan fungsi DeX, anda boleh menggunakan tablet ini sama seperti PC. 

Perkara ini dijayakan juga dengan reka letak S Pen yang wujud di bahagian belakang, memudahkan anda membawa S Pen kemana sahaja. Perlu diingatkan bagi tujuan tablet, aksesori S Pen ini memudahkan anda bukan sekadar untuk melakar, malah memberikan akses kawalan yang lebih jitu, umpama menulis diatas kertas.

Seterusnya ia juga dilengkapi dengan mod berdiri yang pelbagai, memberikan lebih kepenggunaan kepada papan kekunci yang sedia ada. Malah papan kekunci ini juga mudah ditukar penggunaannya, membenarkan pengguna memilihnya untuk digunakan baik pada tablet, atau pada telefon pintar. 

DeX Untuk Tablet

Jika anda telahpun memiliki peranti Galaxy dari Samsung, dan arif berkenannya, anda pasti tahu mengenai Samsung DeX yang membolehkan integrasi kerja dan menambah ruang paparan untuknya yang lebih ditambah baik. Menerusi Dex For Tablet, anda boleh mengubah kawalan tetingkap aplikasi, dan menetapkan tahap ketelusan atau meletakkannya sebagai aplikasi yang paling teratas pada paparan antaramuka. 

Galaxy Tab S8

Seterusnya dengan DeX yang direka khusus untuk tablet ini, ia membolehkan reka letak paparan diubah semudahnya dan terdapat empat jenis susunan yang tersedia. Malah, anda juga boleh melakukan operasi Drag & Split dimana sekiranya anda ‘membahagikan’ paparan antaramuka menggunakan jadi atau S Pen, ia akan membahagikan paparan tersebut kepada dua, memudahkan sebarang kerja seharian dilakukan dengan lebih efisien.


Samsung Galaxy Tab S8 hadir dalam tiga variasi, iaitu Tab S8 Ultra, Tab S8+ dan juga Tab S8. Perbezaan antara ketiga-tiga ini adalah dari segi saiz paparannya iaitu 14.6-inci pada harga RM 5,899, 12.4-inci pada harga RM 4,599 dan juga 11-inci pada harga RM 3,299.

Lebih menarik lagi untuk masa terhad sehingga 31 Mac 2022, pembeli juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1,887 yang terdiri daripada Book Cover Keyboard dan juga S Pen bernilai sehingga RM 1,738, serta bekas Neoprene Pouch bernilai RM 149. Pembeli juga akan menerima diskaun untuk pembelian tambahan diskaun 30% bagi pembelian jaminan perlindungan Samsung Care+ bernilai sehingga RM330. 

Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.