Yamaha Menghasilkan Stereng Kuasa Untuk Motosikal
Stereng kuasa memudahkan kenderaan berat dikawal oleh pemandu sejak diperkenalkan pada tahun 1876. Penggunaannya pada kereta, lori dan bas tetapi masih elusif pada motosikal. Sebab yang diberikan ialah stereng kuasa terlalu sensitif untuk motosikal. Yamaha mendengar alasan ini dan berkata “cabaran diterima” seperti Barney Stinson.
Mereka memasang prototaip stereng kuasa pada motosikal YZ450F dan YZ250F yang bertanding dalam Kejohanan Motorcross Keseluruhan Jepun musim ini bagi melihat keberkesanannya. Sistem motor elektrik yang dipasang pada pangkal stereng diharap dapat membantu kawalan pada kelajuan rendah yang biasanya berat dan sukar dikawal.
Pada kelajuan lebih tinggi ia memantau pergerakan stereng untuk mengelakkan gegaran dan juga insiden berbahaya seperti Tank Slap yang boleh membawa maut. Kesemuanya dikawal oleh cip yang sentiasa memantau motosikal bagi mengelakkan stereng berputar pada waktu yang tidak sepatutnya.
Sistem ini turut membuka pintu kepada pengeluaran motosikal swapandu sebenar dari Yamaha kerana sebelum ini mereka membangunkan Motobot yang cuba mengalahkan Valentino Rossi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment