Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fitbit Tarik Semula Fitbit Ionic – Kerana Risiko Luka Melecurkan Tangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fitbit Tarik Semula Fitbit Ionic – Kerana Risiko Luka Melecurkan Tangan


Fitbit kini menarik semula jam tangan pintar pertama mereka yang telah diperkenalkan sejak 2017 lepas, iaitu Fitbit Ionic. Hal ini adalah disebabkan oleh bateri pada jam tangan pintar berkenaan yang menjadi panas, dan membawa kepada potensi luka melecurkan tangan pengguna.

Buat masa ini, ia dikatakan terdapat sekitar 115 laporan berkaitan dengannya di Amerika Syarikat, dan 59 laporan pada peringkat antarabangsa. Melalui kes berkenaan, sekitar 118 kes adalah melibatkan luka melecur, dengan dua luka melecur tahap dua, dan empas kes luka melecur tahap tiga.

Fitbit Ionic

Pihak berkuasa Amerika Syarikat meminta pengguna berhenti mengguakannya, dan menghubungi Fitbit untuk memulangkan kembali jam tangan pintar berkenaan.

Penarikkan semula jam tangan pintar ini  dijangka melibatkan satu juta unit di Amerika Syarikat, dan 693,000 pada peringkat antarabangsa.

Fitbit Ionic sebelum ini dijual pada harga RM1399 ketika pengenalannya di Malaysia pada 2017 lepas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.