Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Kembali? – Telefon Mercu Baharu Dijangka Dilancarkan Pada April Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Kembali? – Telefon Mercu Baharu Dijangka Dilancarkan Pada April Ini


HTC merupakan salah satu jenama telefon pintar, dimana suatu ketika dahulu ia bersaing setara dengan Samsung dalam penawaran telefon Android. Namun, dari tahun ke tahun, populariti dan penawarannya merudum – sebelum hilang dari arena telefon pintar. Kali terakhir kita sedia melihat mereka memperkenalkan telefon pintar HTC Exodus dengan fokus terhadap rantaian-blok dan kriptowang.

Apa pun, kini jenama yang digemari ramai berkenaan dilaporkan akan kembali semula seawal April 2022 ini, melalui pengenalan sebuah telefon pintar baharu.

HTC One M9

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengan telefon pintar akan datang HTC ini masih tidak diketahui. Mengikut perkongsian awal, HTC dijangka mengintegrasikan beberapa ciri-ciri metamesta melaluinya. Ini juga mungkin kerana HTC sedia memfokuskan arena realiti-maya melalui HTC VIve sebelum ini.

Ia tidak diketahui lagi sama ada HTC akan menawarkan telefon pintar ini secara meluas atau sebaliknya. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar terbaru HTC ini tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.