Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mac Mini Baharu Dengan Cip M2 dan M2 Pro Sedang Dibangunkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mac Mini Baharu Dengan Cip M2 dan M2 Pro Sedang Dibangunkan


Mac Studio baru sahaja dilancarkan dengan cip Apple M1 Ultra yang mempunyai prestasi yang cukup melampau. Apple mendakwa M1 Ultra yang menggabungkan dua cip M1 Max mampu mengalahkan prestasi Mac Pro mereka yang masih menggunakan cip Intel. Tetapi Mac Studio mungkin terlalu berkuasa dan mahal bagi kebanyakan pengguna. Oleh itu hari ini mula kedengaran ura-ura mengenai Mac Mini baharu.

Menurut laporan 9to5 Mac, Mac Mini baharu dengan cip Apple M2 dan M2 Pro berasaskan cip A15 Bionic. Apple M2 akan dilengkapi lapan teras – 4 teras kuasa tinggi dan 4 teras cekap kuasa serta GPU 10 teras. Sementara itu cip Apple M2 Pro pula dilengkapi 12 teras – 8 teras kuasa tinggi dan empat teras cekap kuasa. Tiada maklumat mengenai GPU M2 Pro.

Komputer Mac Mini baharu ini dijangka akan dilancarkan pada separuh tahun kedua 2022 kelak dan akan menggantikan Mac Mini M1 yang baru sahaja dilancarkan tahun lalu.

Sumber : 9to5Mac


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.