Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandang Pertama Samsung Galaxy A53 5G – Kesinambungan Yang Dinantikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandang Pertama Samsung Galaxy A53 5G – Kesinambungan Yang Dinantikan


Samsung Galaxy A53 5G ialah salah satu dari tiga peranti baharu yang diumumkan dalam acara Galaxy Awesome Unpacked malam tadi Ia menjadi peranti yang menggantikan Samsung Galaxy A52 5G tahun lalu yang merupakan antara peranti pilihan Amanz untuk tahun 2021.

Strategi Samsung kini ialah menawarkan peranti dengan penambahbaikan iteratif dari tahun ke tahun dengan mengekalkan rekaan yang hampir sama. Pada waktu yang sama penekanan yang lebih diberikan kepada sokongan kemaskini perisian yang lebih baik. Ini ialah pandang pertama kami mengenai Samsung Galaxy A53 5G.

Spesifikasi Dan Rekaan

Samsung Galaxy A53 5G
Skrin 6.5″ SAMOLED,
FHD+, 120Hz, HDR10+
Pemproses Exynos 1280 (? nm)
Cip 2 X 2.4 GHz Cortex A78
6 X 2.0 GHz Cortex A55
Cip Grafik Mali G68
RAM 8GB
Muatan Dalaman 256 UFS (mikro SD 1TB)
Kamera Utama 64+12+5+5 Megapixel f/1.8+f/2.2+f/2.4+f/2.4, OIS
Kamera Swafoto 32 f/2.2 Megapixel
Bateri 5000 mAh
Pengecasan berwayar 25W
SIM/Telefoni Dwi SIM nano / 5G
NFC Ya
Bicu Audio Tiada
Kalis Air IP67
Sistem Imbasan Pengimbas jari bawah skrin
Harga Jualan RM 1849(8/256GB)

Galaxy A53 masih menggunakan skrin 6.5″ SAMOLED FHD+ dengan kadar segera 120H yang digunakan A52 5G tahun lalu. Kalau tak rosak atau menjadi rungutan pengguna tiada sebab ia perlu digantikan. Kesemuanya sama termasuk bezel yang nipis, skrin yang rata dan terdapat lubang kamera Infinity-O untuk kamera swafoto. Pengimbas cap jari disertakan sekali di bawah skrin bagi mereka yang ingin sistem biometri. Sistem pengecaman wajah juga boleh digunakan sekali sebagai plilhan tambahan.

Skrin adalah memuaskan dengan tahap keterangan yang tinggi dan mampu mengesan setiap tatalan skrin dengan baik. Kami tidak menyedari sebarang isu semasa mencubanya kerana kadar segar semula 120Hz membuatkan peranti dapat digunakan dengan lancar. Sekiranya anda ingin megurangkan penggunaan bateri, mod standad 60Hz bole diaktifkan menerusi tetapan skrin peranti.

Paparan warna peranti juga adalah amat baik. Tidak banyak komen negatif yang boleh kami katakan mengenai skrin cuma ketika artikel ditulis, skrin tidak menyokong sebarang format HDR secara rasmi. Agak aneh memandangkan panel SAMOLED keluaran Samsung biasanya menyokong sekurang-kurangnya HDR10+.

Tubuh peranti tahun ini adalah lebih rata dan berkotak berbanding model tahun lalu. Sisi yang selama ini dibulatkan kini rata sama seperti Samsung Galaxy S222. Kami merasakan rekaan ini kelihatan lebih segak dan memberikan ruang untuk memegang tubuh peranti yang lebih luas. Cuma bingkai peranti terasa seperti bahan plastik. Rupa memang nampak premium tetapi di dalam tangan peranti terasa seperti sebuah telefon permainan yang ringan.

Butang kuasa dan laras audio masih dikekalkan pada sisi kanan. Pengguna boleh menyeru Bixby apabila butang kuasa ditekan selama beberapa saat. Sebuah alam SIM yang menyokong dwi-SIM nano dan kad mikro SD diletakkan pada bahagian atas yang membolehkan memori ditambah sehingga 1TB.

Bergerak ke bawah terdapat port pengecasan USB-C dan satu kekisi untuk speaker. Jika anda lihat ke bawah anda mungkin menyedari bicu audio 3.5mm kini telah hilang. Sambungan aksesori audio kini adalah menerusi bluetooth atau aksesori audio yang berkepala USB-C sahaja. Adalah pelik melihat siri Galaxy A kini mengikuti siri Galaxy S, Galaxy Note dan Galaxy Z yang sudah lama mengucapkan selamat tinggal kepada bicu audio 3.5mm.

Sepasang speaker stereo masih diberikan lengkap dengan sistem audio Dolby Atmos. Satu kekisi menghala ke sisi di bahagian bawah dan satu lagi pada gagang telinga menghala ke depan. Konfigurasi ini menyebabkan audio kurang seimbang dan sekali lagi bunyi lebih kuat keluar dari speaker bahagian bawah. Sepatutnya penggunaan sistem speaker seperti ini yang dihentikan oleh Samsung bukannya bicu audio 3.5mm.

Bonggol kamera tahun ini nampak lebih elegan kerana bahagian sisi yang lebih landai. Amat mirip degan yang digunakan pada Oppo Find X5. Bezanya adalah Samsung menggunakan bahan polikarbonat untuk panel belakang dan bukannya kaca seperti Oppo. Masih ramai merungut mengenai panel ini walaupun ia sebenarnya lebih tahan hentakan dan mudah dibersihkan berbanding panel kaca.

Panel ini juga agak kasar membuatkan peranti tidak terasa licin dalam tangan. Isu mudah kotor juga tidak wujud kerana permukaannya tidak berkilat. Walaupun cantik dan elegan, bonggol masih menyebabkan peranti tidak boleh diletakkan rata di atas meja kerana saiznya yang besar.

Menguasakan peranti ialah cip baharu Exynos 1280 dengan lapan teras. Konfigurasi sebenar teras masih belum dikongsi secara rasmi tetapi menurut maklumat yang tertiris ia terdiri daripada 2X Cortex A78 2.4 GHz dan 6x teras Cortex A55 2.0 GHz dengan GPU Mali-G68. Di atas kertas ia setanding dengan cip MediaTek Dimensity 920 dan Qualcomm Snapdragon 695.

Cip kelas pertengahan ini dipadankan pula dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan 256GB. Ini sahaja model yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia tetapi di negara lain model dengan 6GB dan storan 128GB wujud. Bagi memastikan peranti boleh memenuhi keperluan aplikasi di masa hadapan, ciri RAM Plus membantu kerana ia boleh menambah sehingga 6GB RAM secara masa dengan mengambil sebahagian storan. Tahun ini pengguna boleh memilih 2, 4 atau 6GB RAM maya berbanding hanya 2GB sahaja tahun lalu.

Sistem kuad kamera tahun ini menggabungkan lensa sudut lebar 64MP, lensa ultra sudut lebar 12MP, lensa makro 5MP dan lensa kedalaman 5MP. Konfigurasi kamera yang agak unik memandangkan secara kebiasaannya lensa makro hanya sebesar 2MP. Di bahagian hadapan pula sebuah sensor 32MP digunakan.

Membekalkan kuasa ialah bateri sebesar 5000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W menerusi port USB-C. Satu trivia menarik tahun ini ialah ketiga-tiga Galaxy A73, Galaxy A53 dan Galaxy A33 menggunakan bateri serta sistem pengecasan yang sama. Kapasiti bateri yang besar adalah bagus tetapi masih sekadar mengecas pada kelajuan maksimum 25W yang agak perlahan. Samsung turut mengesahkan bermula tahun ini, kepala pengecas tidak lagi diberikan dengan setiap pembelian.

Melengkapi spesifikasi peranti ialah menyokong rangkaian WiFi 5, Bluetooth 5.1, NFC, dan kesemua sistem GPS di muka bumi. Pengguna juga tidak perlu risau dengan hujan atau banjir kerana Galaxy A53 melepasi piawaian kalis air serta debu IP67.


Penggunaan Dan Perisian

Sistem operasi One UI 4.1 berasaskan Android 12 digunakan pada Galaxy A53. Versi ini adalah yang paling terkini dan sama seperti yang digunakan pada siri Galaxy S22. Oleh itu tidak mengejutkan pelbagai ciri peranti premium turut boleh dinikmati pada peranti yang lebih mampu milik ini. Samsung tidak lagi lokek memberikan versi perisian terkini pada peranti mereka semasa dilancarkan dengan tidak lagi menyimpannya untuk peranti mercu terlebih dahulu selama beberapa bulan.

Tambah menarik ialah kesemua Galaxy A yang dilancarkan hari ini akan menerima sokongan empat versi Android dan tampalan sekuriti selama lima bulan sama seperti peranti kelas mercu. Ini sungguh tidak dijangka kerana peranti kelas pertengahan secara lazimnya dianaktirikan oleh pengeluar. Ketika artikel ini ditulis hanya Samsung berani menawarkan komitmen empat versi Android pada peranti yang dilancarkan pada tahun 2022.

Pengalaman penggunaan peranti adalah cukup baik sekali kerana sentiasa terasa lancar. One UI 4.1 tidak banyak bezanya dengan One UI 3 sebelum ini dari sudut antaramuka. Apabila dipadankan dengan skrin 120Hz kesemuanya terasa lancar. Proses penukaran aplikasi berjalan dengan baik dan Samsung memberikan beberapa ciri tambahan yang tidak disertakan pada Android stok.

Antara ciri menarik pada One UI 4.1 adalah seperti berikut.

  • Edge Panels – Panel sisi untuk aplikasi, kompas, Smart Select dan banyak lagi.
  • RAM Plus – Penambahan RAM secara maya sehingga 6GB.
  • Edge Lighting – Lampu pada skrin apabila menerima notifikasi.
  • AOD – Paparan aktif walaupun ketika skrin dimatikan.
  • Easy Mode – Antaramuka mesra warga emas.
  • Secure Folder – Menyimpan fail dalam bekas yang dikunci.
  • Live Captions – Sari kata masa nyata

Pesaing

Samsung Galaxy A53 5G Realme 9 Pro+ Redmi Note 11 Pro 5G
6.4″ SAMOLED, 120Hz,
1080 x 2400, (~405 ppi)
6.4″ AMOLED, 90Hz,
1080 x 2400, (~411 ppi)
6.67″ AMOLED, 120Hz,
1080 x 2400, HDR10+, (~395 ppi)
Exynos 1280 (?nm)
2 x 2.4 GHz Cortex A78
6 x 2.0 GHz Cortex A55
Dimensity 920 (6nm)
2 x 2.5 GHz Cortex A78
6 x 2.0 GHz Cortex A55
Snapdragon 695 (6nm)
2 x 2.2 GHz Kryo 660 Gold
6 x 1.7 GHz Kryo 660 Silver
Mali-G68 MC4 Mali-G68 MC4 Adreno 619
8 GB RAM
256 GB UFS 2.1
12 GB RAM
256 GB UFS 2.2
6/8GB RAM
128GB UFS 2.2
64MP, f/1.8 (utama)
12MP, f/2.2, (ultra-lebar)
5MP, f/2.4 (makro)
5MP, f/2.4 (kedalaman)
50MP, f/1.8 (utama)
8MP, f/2.2, (ultra-lebar)
2MP, f/2.4 (makro)
108MP, f/1.7 (utama)
8MP, f/2.2 (sudut ultra-lebar)
2MP, f/2.4 (makro)
32MP f/2.2 16MP 16 MP
Tiada bicu audio 3.5mm Bicu audio 3.5mm Bicu audio 3.5mm
Audio Stereo Audio Stereo Audio Stereo
Kalis air IP67 Tidak kalis air Tidak kalis air
5000 mAh
Pengecasan pantas 25W
4500 mAh
Pengecasan pantas 60W
5000 mAh
Pengecasan pantas 67W
RM1849 (8/ 256 GB) RM1599 (8/ 256 GB) RM1199 (6/128 GB)
RM1299 (8/128 GB)

Kesimpulan

Samsung Galaxy A53 5G tidak banyak bezanya dengan Samsung Galaxy A73 5G. Ia bolehlah dikatakan sebagai Galaxy A73 dengan saiz tubuh lebih kecil dan beberapa komponen dalaman diubah. Kita sentuh perkara positif dahulu iaitu peranti dilengkapi skrin yang cantik kerana bezelnya yang nipis. Tubuh yang lebih berkotak amat selesa dipegang dan membuatkan peranti kelihatan tegap. Hampir kesemua ciri menarik siri Galaxy A tahun lalu kembali termasuk kemampuan kalis air tetapi ditambah baik dengan bateri berkapasiti lebih besar.

Kekurangan masih wujud kerana bicu audio dan kepala pengecas tidak lagi ditawarkan sebagai standard. Galaxy A adalah antara siri paling popular keluaran Samsung kerana ia masih menawarkan pelbagai ciri yang sudah mula lesap pada peranti pengeluar yang lain. Bagi mengikuti peredaran masa, Samsung mula membuang satu persatu ciri Galaxy A. Adakah tindakan ini baik hanya pengguna di luar sana yang mampu menjawabnya. Di Malaysia Samsung Galaxy A53 5G dijual pada harga RM1849 sebuah.

Pro

  • Rekaan tubuh yang lebih menarik.
  • Sokongan kad mikro SD 1TB.
  • RAM Plus menambah memori sehingga 6GB.
  • Kalis air IP67.
  • Bateri bersaiz besar.
  • Sokongan perisian sehingga lima tahun.

Kontra

  • Tiada bicu audio 3.5mm.
  • Sisten pengecasan yang disokong masih perlahan.
  • Kepala pengecas tidak diberikan dengan pembelian.
  • Panel belakang polikarbonat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.