Hi! Welcome Back and Stay Tune! Redmi K40S Turut Dilancarkan – Lebih Kurang Yang Lama, Tetapi Sedikit Lebih Hebat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Redmi K40S Turut Dilancarkan – Lebih Kurang Yang Lama, Tetapi Sedikit Lebih Hebat


Redmi hari ini telah melancarkan Redmi K50 dan Redmi K50 Pro sebagai peranti mercu baharu mereka. Bersama-sama dengannya Redmi turut melancarkan Redmi K40S sebagai versi kemaskini kepada Redmi K40 sebelum ini. Kali ini ia hadir dengan rekaan serba baharu yang lebih kurang sama dengan hampir kesemua peranti 2022 mereka iaitu rekaan segi empat dengan skrin rata dan sisi rata.

Skrin peranti yang digunakan adalah 6.67-inci E4 AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, HDR10+, Dolby Vision dan kecerahan sehingga 1300 nits dan dilindungi dengan kaca Gorilla Glass 5.

Redmi K40S dijana dengan cip pemprosesan popular di kalangan peranti kelas pertengahan premium sekarang, iaitu Snapdragon 870 – kerana ia memberikan pengalaman penggunaan bertaraf mercu. Padanan memori yang ditawarkan adalah mencapai 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Ia juga hadir dengan sistem penyejukan yang lebih baik untuk menjamin prestasi lancar sepanjang masa.

Kamera utama pula adalah tri-kamera daripada sensor 48MP sudut lebar, OIS + 8MP sudut ultra lebar + 2MP makro, serta turut hadir beberapa mod rakaman kecerdasan buatan yang sedia popular dalam peranti-peranti Xiaomi dan Redmi. Kamera swafoto pula adalah 20MP dengan sokongan 3D Beauty Styling.

Bateri peranti adalah 4500mAh dengan pengecasan pantas 67W, menyokong NFC, sensor infra merah, sensor kecerahan automatik 360 darjah dan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos. Peranti ini turut hadir dengan motor getaran paksi-X, serta pengimbas cap jari di sisi. Peranti menjalankan MIUI 13 yang mungkin berasaskan Android 12.

Peranti ini kelihatan mempunyai spesifikasi mirip Poco F3 yang mana di China ia adalah Redmi K40. Untuk K40S ini tidak pasti ia akan dilancarkan di pasaran global atau pun tidak dan jika ya, turut tidak pasti akan dijenamakan semula sebagai apa.

Harga jualan di China adalah RMB1799 (~RM1188) untuk 6/128 GB, RMB1999 (~RM1321) untuk 8/128 GB, RMB2199 (~RM1453) pula untuk 8/256 GB dan akhir sekali RMB2399 (~RM1585) untuk 12/256 GB.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



1 comment:

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.