Hi! Welcome Back and Stay Tune! CNN+ Akan Ditamatkan Pada Penghujung April ini – Hanya Selepas Sebulan Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CNN+ Akan Ditamatkan Pada Penghujung April ini – Hanya Selepas Sebulan Dilancarkan


CNN+ merupakan salah satu perkhidmatan penstriman baharu yang telah diperkenalkan dengan fokus terhadap kandungan berbentuk berita, dan kandungan berinformasi. Apa pun, selepas dilancarkan hanya sekitar sebulan, kini ia diumumkan CNN+ akan ditamatkan pada 30 April 2022 ini.

Para pelanggan yang sedia melanggan akan menerima pulangan wang kembali untuk baki langganan mereka.

Langkah penamatan ini diambil oleh pengurusan baharu. CNN turut menekankan yang mana pada pasaran penstriman kompleks kini, pelanggan inginkan sesuatu yang mudah, dan menyertakan semua dalam satu perkhidmatan. Ini sekaligus memberikan cabaran dalam CNN+ beroperasi.

Buat masa ini, kandungan sedia ada di CNN+ akan dapat terus diakses sehingga 30 April ini, sebelum perkhidmatan berkenaan ditamatkan. Ia tidak diketahui lagi dimanakah kandungan berkenaan akan diterbitkan selepas ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.