Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Ace Kini Rasmi – Dijana Dimensity 8100 Max, Pengecasan Pantas 150W - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Ace Kini Rasmi – Dijana Dimensity 8100 Max, Pengecasan Pantas 150W


OnePlus Ace telah dilancarkan secara rasmi di China. Ia merupakan sebuah peranti dengan rangkaian 5G terbina menerusi penggunaan cip MediaTek Dimensity 8100-Max. Pada masa sama, ia juga membawakan sejumlah besar perkakasan yang sama seumpama sebuah Realme GT Neo3. Tetapi, memiliki reka bentuk yang berbeza.

Untuk lebih khusus, OnePlus Ace menggunakan skrin sebesar 6.7-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Paparannya juga menyokong ciri tambahan seperti kemampuan memaparkan 100% gamut warna DCI-P3 dan HDR10+.

Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Dimensity 8100-Max, memori sehingga 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman mencapai 512GB (UFS3.1). Bersama-sama dengannya, OnePlus turut menampilkan cip grafik khusus dan enjin penstabilan terbina bagi membolehkan peranti mengoptimumkan kadar bingkai permainan dengan baik.

Sistem kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) Sony IMX766, 8MP untuk ultra-lebar dan 2MP pula untuk makro. Persediaan kamera ini turut menyokong kebolehan 4K dan OIS. Seterusnya, kamera hadapan pula sebesar 16MP.

Turut melengkapinya adalah bateri dengan dua pilihan kapasiti dan sistem pengecasan pantas. Ianya terdiri dengan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 150W. Melaluinya, bateri boleh dicas mencapai 50% dalam hanya lima minit. Kemudian, bateri 5,000mAh pula menyokong sistem pengecasan pantas 80W.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.2, NFC, port sambungan USB-C dan banyak lagi. Untuk harga, OnePlus Ace dijual pada RMB2499 (~RM1661) (8GB/128GB), RMB2699 (~RM1794) (8GB/256GB), RMB2999 (~RM1994) (12GB/256GB) dan RMB3499 (~RM2326) (12GB/512GB).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.