Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Jualan Huawei Nova 9 Dikemaskini Ke RM1799 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Jualan Huawei Nova 9 Dikemaskini Ke RM1799


Huawei Nova 9 telah dilancarkan di Malaysia sejak bulan November yang lalu. Ia hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan melalui janaan cip Snapdragon 778G. Pada masa sama, peranti turut meneruskan tradisinya yang menyasarkan kepada pengguna dalam generasi muda.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, harga jualan untuk Huawei Nova 9 telah dikemaskini dan ia boleh dimiliki pada RM1,799. Melaluinya, peranti dilihat menerima potongan harga sebanyak RM200 lebih murah berbanding harga asalnya iaitu RM1,999. Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada dan Shopee bermula hari ini.

Huawei Nova 9 menampilkan skrin OLED berukuran 6.57-inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula adalah sebesar 4,300mAh yang menyokong pengecasan Huawei 66W SuperCharge.

Sistem kuad-kamera utama digunakan dengan tetapan 50MP (f/1.9) (utama) + 8MP (f/2.2) (ultra-lebar) + 2MP (f/2.4) (kedalaman) + 2MP (f/2.4) (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32MP (f/2.0). Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, NFC, EMUI 12 berasaskan Android 11 dan sebagainya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.