Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Pengolokan Set Kepala AR/VR Project Cambria Dari Meta Quest Tertiris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Pengolokan Set Kepala AR/VR Project Cambria Dari Meta Quest Tertiris


Meta atau dulu dikenali sebagai Facebook sedang sibuk menjadikan konsep metamesta satu realiti baharu. Ia adalah realiti maya generasi baharu dan mengharapkan semua orang boleh menyertainya dan ia akan menjadi satu norma baharu.

Dengan metamesta ini juga, Meta akan memfokuskan banyak ciri NFT termasuk memperkenalkannya melalui Facebook. Untuk menjayakan metamesta ini, Meta bergantung kepada pasukan Meta Quest yang dulu dipanggil Oculus. Meta Quest juga akan hadir dengan produk seperti kaca mata AR yang turut mempunyai sokongan interaksi hologram.

Tahun lepas, mereka telah pun mengacah Project Cambria. Ia adalah set kepala AR/VR atau realiti bercampur (mixed reality) dalam kategori mercu yang mempunyai teknologi baharu. Terkini, imej pengolokan untuk set kepala baharu Meta Quest ini telah didedahkan memperlihatkan lebih banyak butiran daripada pelbagai sudut.

Set kepala ini dikhabarkan akan mempunyai dua panel mini-LED 2.48-inci 2160×2160, mempunyai beberapa elemen lensa pankek, menyokong penjejakan kepala dan mata, dan dikatakan akan dilancarkan sekitar tahun ini juga. Rekaan ini dikatakan besar kemungkinan adalah rekaan akhir untuk produk ini. Ia juga antara produk yang akan memfokuskan kepada metamesta.

Rumah dalam metamesta, sokongan jual beli dalam Horizon World, atau acara kemasukan pelajar dalam metamesta dilihat akan menjadi masa hadapan untuk AR dan VR. Adakah ia akan berjaya atau tidak, kerana Gabe Newell katakan Meta tidak ada idea jelas mengenai metamesta ini?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.