Kerajaan Korea Ingin Prototaip 6G Dibangunkan Menjelang 2026
Kita baru sahaja memasuki era 5G tetapi pembangunan 6G sudahpun dimulakan di Korea Selatan dam China bagi meningkatkan lagi kelajuan internet selular. Beberapa percubaan awal pada skala kecil menunjukkan potensi tetapi masih di bawah sasaran sebenar kelajuan 6G.
Kini menurut laporan BusinessKorea, kerajaan Korea Selatan ingin prototaip 6G dibangunkan menjelang 2026. Ini adalah lebih awal dari sasaran asal yang ditetapkan. Jika prototaip berjaya dibangunkan pada tahun 2026, ia boleh dikomersialkan seawal 2028 atau selewat-lewatnya 2030. Korea Selatan ingin menjadi negara pertama yang menawarkan rangkaian 6G dengan kelajuan mencecah 1 TB/s – 10 kali ganda lebih tinggi berbanding 5G.
Antara sasaran 6G ialah komunikasi selular tanpa sebarang masa pendam dengan Samsung sendiri menyasarkan pengenalannya menjelang 2028. Ini akan memacu pelbagai teknologi lain yang memerlukan sambungan Internet yang pantas dalam masa terdekat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment