Tidur Selama 7 Jam Adalah Paling Optimum Menurut Kajian Cambridge
Berapa lamakah kita perlu tidur sehari untuk memastikan kesihatan tubuh dan otak? Terdapat pelbagai saranan yang ia bergantung kepada usia setiap individu. Kami pernah membaca pada seorang dewasa 5 jam sudah memadai. Tetapi kajian terkini dari penyelidik Cambridge University dan Fudan University mendapati tempoh tidur paling optimum ialah 7 jam.
Kajian menganalisa data kesihatan hampir 500,000 orang dewasa berusia di antara 38-73 tahun. Ini terdiri daripada data pola tidur, kesihatan mental dan kesihatan fizikal mereka. Berdasarkan data inilah 7 jam didapati adalah tempoh tidur paling optimum.
Tujuh jam adalah optimum kerana tidur terlalu pendek atau terlalu lama mendatangkan impak ke atas kemampuan kognitif khususnya pada warga tua. Tidur yang terganggu sebelum ini dipercayai menyumbang kepada pengumpulan protein toksik yang mengakibatkan penyakit Alzheimer.
Oleh itu bagi mereka yang inginkan kesihatan mental dan fizikal, pastikan anda mendapat tempoh tidur yang optimum dan bukan sekadar mencukupi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment