Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan Langganan Telefon Apple Mungkin Bermula Daripada RM148 Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan Langganan Telefon Apple Mungkin Bermula Daripada RM148 Sebulan


Kedengaran ura-ura Apple akan menawarkan perkhidmatan langganan iPhone mereka dalam masa terdekat. Menerusi perkhidmatan ini pelanggan hanya membayar sewa bulanan untuk iPhone tetapi tidak akan memilikinya. Ini berbeza dengan skim bayaran bulanan sewa-untuk-beli yang telah mereka tawarkan di beberapa pasaran sebelum ini.

iPhone 13 Pro

Minggu ini menurut laporan Bloomberg, harga langganan yang ditawarkan oleh Apple mungkin bermula daripada $35 (RM148) sebulan untuk iPhone 13. Ia kemudiannya meningkat ke $45 (~RM190) untuk iPhone 13 Pro dan $50 (RM210) untuk iPhone 13 Pro Max.

Untuk menjadikan pelan langganan lebih menarik kepada pengguna, Apple mungkin akan menawarkan berkas bersama Apple One dan Apple Care. Peranti yang dikembalikan selepas tidak lagi disewa kemudian boleh dijual semula sebagai peranti terpakai untuk menjana lebih banyak pendapatan oleh Apple. Apple mungkin melancarkan perkhidmatan ini tahun ini atau selewat-lewatnya tahun 2023.

Sumber – Bloomberg


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.