Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Poco M4 5G Tertiris – Mungkin Hanyalah Redmi 10 5G Yang Dijenamakan Semula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Poco M4 5G Tertiris – Mungkin Hanyalah Redmi 10 5G Yang Dijenamakan Semula


Poco M4 Pro 5G telah pun dilancarkan pada November tahun 2021. Model in dilihat mirip dengan Redmi Note 11 5G dan kemudian model Pro biasa iaitu 4G turut dilancarkan dengan harga lebih mampu milik. Model in dilihat mirip dengan Redmi Note 11S.

Poco masih belum tamat dengan siri M4 mereka, kerana baru-baru ini butiran mengenai Poco M4 5G telah tertiris. Peranti ini dikhabarkan akan hadir dengan skrin 6.58-inci FHD+, menyokong kadar segar semula tinggi 90Hz, dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 700 yang dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman UFS 2.2 mencapai 128GB.

Kamera dilihat akan menggunakan sensor 50MP dan 2MP serta kamera swafoto 5MP. Peranti ini juga dikatakan akan menggunakan bateri 5000mAh dengan pengecasan asas 18W dan menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 12.

Peranti ini jelas sekali adalah Redmi 10 5G yang baru sahaja diperkenalkan minggu lalu. Tetapi untuk Redmi 10 5G ia menggunakan rekaan yang kerap digunakan oleh peranti-peranti di bawah syarikat BBK. Untuk Poco ia mungkin akan diubah menjadi bonggol gergasi. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.