Hi! Welcome Back and Stay Tune! Smart #1 Dengan Motor 262 HP Dan Bateri 440 km Dilancarkan – Bakal Ke Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Smart #1 Dengan Motor 262 HP Dan Bateri 440 km Dilancarkan – Bakal Ke Malaysia


Penantian untuk melihat kereta elektrik pertama dari Smart berakhir semalam dengan pelancaran Smart #1. Kereta elektrik berkuasa elektrik (BEV) ini adalah berasaskan Smart Concept #1 dengan rekaan yang lebih konservatif. Pertama sekali Smart #1 ia sebuah kereta sedan kompak empat pintu dengan dimensi 4.27 x 1.82 x 1.64 meter dan seberat 1,820 kilograms. Sebuah motor 262 kuasa kuda digunakan yang mampu memecutkan kenderaan ke kelajuan maksimum 180 km/j.

Sebuah bateri sebesar 66 kWh membekalkan kuasa dengan jarak perjalanan sehingga 440 km WLTP dengan sekali caj. Bercakap mengenai pengecasan, ia boleh dicas dari 10-80% dalam masa 30 minit menerusi pengecas 150 kW DC.

Kabin mampu menempatkan sehingga lima orang penumpang dengan selesa dengan bahagian tengah kerusi belakang boleh dibuka untuk menjadi tempat meletak tangan. Kenderaan turut dilengkapi skrin a 12.8″ untuk sistem hiburan manakala skrin 9.2″ pula diberikan kepada pemandu untuk paparan maklumat operasi kenderaan.

Rekaan dalaman kelihatan futuristik dengan lampu LED biru diletakkan pada lohong sistem pendingin hawa. Bahagian bumbung pula diperbuat daripada kaca lutsinar. Dari segi audio pula, sistem speaker Beats digunakan. Smart #1 hanya mempunyai ruang simpanan yang kecil di belakang tetapi terdapat juga frunk di hadapan untuk ruang simpanan tambahan.

Harga jualan Smart #1 belum lagi diumumkan tetapi yang pasti ia akan memasuki pasaran Malaysia kelak di bawah edaran Proton.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.