Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Xperia 1 IV Mungkin Membawakan Tanda Harga Lebih Tinggi Berbanding Sebelum Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Xperia 1 IV Mungkin Membawakan Tanda Harga Lebih Tinggi Berbanding Sebelum Ini


Sony sedia menawarkan peranti pada harga premium – jauh lebih tinggi berbanding dengan pesaing mereka. Xperia 1 III sendiri sebelum ini telah ditawarkan pada harga mencapai RM5799.

Terbaru, Sony dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar generasi baharu untuk siri berkenaan, iaitu Xperia 1 IV. Beberapa gambar sedia tertiris, dan kini maklumat tambahan turut hadir ke arena web.

Ia kini diperkatakan, Sony mungkin menyertakan cip Snapdragon 1 Gen 8 Plus, disamping melengkapkan ia dengan berkemungkinan kamera 48-megapixel. Perkara ini bersama-sama sejumlah peningkatan lain dijangka akan membawa kepada peningkatan harga jualan telefon pintar berkenaan.

Mengikut desas-desus, model asas dengan storan 256GB dijangka akan ditawarkan pada harga 8999 Yuan di China (~RM5900), sementara model 512GB pada harga 9999 Yuan (~RM6600).

Apa pun, buat masa ini, ia sekadar desas-desus dan spekulasi awal sahaja. Sama-sama kita nantikan pengenalan peranti ini secara rasminya tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.