Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS Zenbook Pro 16X OLED Ialah Komputer Riba Zenbook Dengan Spesifikasi Paling Berkuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS Zenbook Pro 16X OLED Ialah Komputer Riba Zenbook Dengan Spesifikasi Paling Berkuasa


Pada acara pelancaran peranti Pinnacle of Performance mereka hari ini, ASUS telah melancarkan sejumlah komputer riba siri ASUS Zenbook dan ASUS Vivobook mereka, dan diantaranya ialah ASUS Zenbook Pro 16X OLED, yang dikatakan ialah komputer riba Zenbook dengan spesifikasi paling berkuasa setakat ini.

Bagi mereka yang memerlukan sebuah komputer riba tanpa sebarang kompromi, ASUS Zenbook Pro 16X OLED ini dikuasakan dengan pilihan CPU Intel Alder Lake yang berkuasa, termasuklah Intel Core i9-12900H yang dipadankan bersama-sama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 yang cukup berkuasa untuk bukan sahaja menggerakkan permainan-permainan moden, tetapi untuk kegunaan suntingan video dan olahan objek 3D oleh golongan profesional kreatif.

Satu lagi aspek yang sangat dipentingkan oleh mereka juga ialah kualiti paparan yang ditawarkan. Zenbook Pro 16X OLED ini dimuatkan dengan paparan skrin OLED bersaiz 16 inci dengan resolusi 4K. Paparan yang digunakan ini juga mempunyai nilai kecerahan 550 nit yang menyokong teknologi paparan Dolby Vision dan VESA DisplayHDR True Black 500 yang menjanjikan olahan warna tepat, cerah dan juga kehitaman yang benar-benar gelap.

Untuk kegunaan industri kreatif, komputer riba ini juga hadir dengan ASUS Dial yang boleh digunakan untuk mengubah pilihan warna ataupun menyunting pelbagai aspek gambar dan video dengan lebih jitu.

Rangka Zenbook Pro 16X OLED ini juga diperbuat daripada aluminum siri 6000 yang secara lazimnya digunakan dalam industri aero-angkasa dan membolehkannya hadir dengan ketebalan 16.9cm sahaja. Komputer riba ini juga dilihat hadir dengan berat 2.4kg kerana sistem penyejukan canggih yang digunakan.

Komputer riba ini menggunakan sistem penyejukan Active Aerodynamic System 2.0 yang digunakan pada awalnya pada komputer riba ROG Zephyrus sebelum ini, dan untuk komputer riba ini, ASUS juga memuatkan dua buah kipas IceBlade yang setiap satu mempunyai 97 bilah yang digunakan untuk mengalirkan haba dengan cekap daripada komponen CPU dan juga GPU.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa mereka akan mengumumkan kehadiran komputer riba ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.